Tuesday, February 12, 2013

Resepi Pasta Carbonara Simple

Sangat simple resepi, ambil dari senior, kak ika mazlan.  thanks kak :)

Bahan- bahan:
 any type of pasta, kalau carbonara aku suka fusili
 fresh milk
 butter
 kiub pati ayam
 mozarella cheese
 tepung jagung

Cara- caranya:
 Mula-mula, panaskan susu, amount yang nak guna depends on pasta yang ada, so pandai-pandai letak.
 Dah agak panas,tapi bukan berbuih, masukkan dua sudu butter, kacau hingga cair.  Then, masukkan       satu kiub pati ayam.  Kacau hingga semuanya sebati.  Then, masukkan cheese, kacau lagi hingga likat. Dalam mangkuk lain, bancuh satu sudu tepung jagung, then masukkan ke dalam periuk.  Kacau hingga sebati.  Last sekali, rasalah, dah cukup masin tak.  Kalau tak masin, tambah garam sedikit.

Untuk condiment, aku rebus brokoli dan sosej, then, masukkan kedalam periuk td bersama pasta yang telah direbus.

Siap!









Sunday, February 10, 2013

Resepi Nasi Kerabu Perantau




Aku selalu craving makanan yang sedap-sedap.  Kalau ada masa lapang je, mesti buka blog makanan dan tengok gambar-gambar yang bisa buat air liur meleleh.  Hari tu craving nak makan nasi kerabu.  Then, google la resepi.  Hasil ingatan tolong kak lah masak nasi kerabu di dapur, berjayalah aku memasak nasi kerabu.  Nama nasi kerabu perantau sebab guna je bahan yang ada kat sini.  tak dapat la demand daging bakar and whatsoever.  Ikan guna tuna flakes in brine je.  So, sangat lah senang nak buat.  Rasa bangga dapat masak nasi kerabu pasal aku rasa masak nasi kerabu ni amatlah susah.  Syabas kepada diri sendiri!

RESEPI:
Sambal Tumis
  5-10 biji lada kering*
  1 biji bawang besar*
  2 ulas bawang putih*
  1 cm halia*
  1 sudu kecil serbuk kunyit*
  1 paket santan dibancuh jadikan 200ml
  2 batang serai*
  2 keping asam gelugur
  2 sudu besar budu ( aku tak ada budu :( )
  garam
  gula

Cara-caranya:
  Blend semua bahan *.  Then, panaskan minyak, tumis bahan sampai pecah minyak. Bila 
  dah pecah minyak, masukkkan santan, gula, asam keping.  Jika sangat pekat, masuk air sedikit.

Sambal Ikan
  1 tin tuna in brine
  1 cawan kelapa parut (desiccated coconut, dijual di continental shop)
  2 ulas bawang putih*
  3 biji bawang merah*
  1 batang serai*
  1 cm halia*
  Lada hitam

Cara-caranya:
   Bahan * dihiris halus macam nak buat kerabu.  Kelapa parut digoreng tanpa minyak dengan api yang 
   kecil sehingga jadi perang.  Ingat, jangan sesekali tinggal sebab aku tinggal sekejap terus jadi hangit.
   Tuna in brine tu asingkan brine, ambil tuna je.  Goreng tanpa minyak hingga air kering, ala-ala jadi 
   ikan bakar gitu.  Campur semua bahan, then masukkan gula dan garam.

Bahan- bahan sampingan:
   Keropok
   Telur masin ( kami jeruk sendiri dalam sebulan sebelum buat nasi kerabu, telur itik dibeli di carboot        
   dikala hari hujan,nostalgia)
   ayam goreng/ikan goreng
   Kacang panjang ( disebabkan mahal, guna kacang buncis je, dihiris halus-halus)
   Taugeh
   Budu ( tak bawa, sedih!! minta belas ihsan kawan yang bawa)

Alhamdulillah, akhirnya berjaya makan nasi kerabu di perantauan.  Nasi guna nasi biasa tanpa warna sebab malas.  

Wednesday, January 23, 2013

Wajah-wajah kerinduan


Gambar keluarga ni aku jadikan sebagai dekstop picture, so that aku akan sentiasa tatap.  Walaupun tak cukup ahli jemaah, yang mana keluarga abe man dan abe dan tak ada.  Dan ayah juga tak ada :(  Tak apa, ayah sentiasa ada dalam hati.  Mesti ayah bahagia tengok ramai cucu-cucunya.  Dulu ayah selalu je balik kerja terus dukung Hidayat, anak sulung kepada abang sulungku.  Sayang betul ayah to his cucu.
Dan ayah mesti lagi gembira bila anak-anak dan cucu-cucunya mendoakan dia #note to my self,sentiasa mendoakan kesejahteraan parents.

Inilah wajah-wajah kerinduan aku.  Hanya ada 6 bulan lagi...

p/s:cantiklah pula langsir tu dalam gambar.

Tuesday, January 22, 2013

final year project

Ini adalah tahun terakhir kami di Exeter.  So, kami ada final year project untuk dihantar.  Lain university lain caranya.  Kami ada 2 mini project untuk dihantar.  Means, satu project dah dihantar dan satu lagi baru je mula.

Project for the first term aku tajuknya "Bio-Inspired Superhydrophobicity".  Tajuk macam gah je, tapi biasa je lah.  Setiap project perlu buat dalam group of two.  Aku buat dengan kawan yang sama masa second year.  Dia yang nak dengan aku, mesti dia menyesal partner dengan aku : )

Project untuk second term tajuknya "Optical Microcavity".  Seriously, aku rasa agak tertekan dengan topic ni sebab agak susah untuk faham teori.  So, inilah cabaranya.  Project ni pun kami buat bersama.  Aku mula-mula agak berdebar sebab kawan aku tu macam nak tukar module je masa first term.  Kalau dia tukar, aku tak ada partner la jawabnya.  So, pagi sebelum lab session tu, aku dah sms dia tanya pasal project.  Good news!! pasal dia bersetuju nak stick to our group.

Partner aku tu bagus orangnya, sangat bijak dan baik.  Aku selalu je tak faham kalau baca research paper, so aku akan tanya dia.  Dialah yang bersusah payah explain.  Dia sangat baik, tolong lukis gambar rajah untuk report, siap nak tolong check grammar aku lagi.  Aku beruntung dapat partner yang baik macam tu.  Masa lab book assessment, Prof sangat impress dengan our lab book.  Then siap cakap lagi, jangan tinggalkan University of Exeter kalau tak buat Phd.  Berbunga hati kami!!! Tapi, aku tahu prof mostly refer to my partner sebab kerja dia memang bagus!! Dan aku memang kena balik Malaysia lepas habis degree.

Tapi sekarang aku rasa inferior berpasangan dengan dia sebab dia bijak dan aku amat slow.  Setiap kali Prof tanya soalan, mesti dia yang akan jawab.  Aku tak sempat nak fikir jawapan, nak susun ayat lagi.  So, nampak kelemahan aku di situ.  Nasib baik masa lab book assessment, Prof assess sorang-sorang.  So, takde lah aku nampak bodoh di situ.  Even kalau presentation pun sorang-sorang.  Jadi takdelah aku menyusahkan dia. 

Jadi, aku kena work hard untuk kikis rasa rendah diri ni.  Aku boleh!!!InsyaAllah!!!

A wonderful weekend

Pada Jumaat lepas seluruh England dituruni salji, even di Exeter pun salji turun walaupun sedikit dan tak sempat nak main pun.  At least better than last year.  Jumaat kan ada lab, so sampai lab lewat sedikit pasal tunggu teksi ke campus.  Naik teksi pasal bangun lewat dan snow turun, kalau nak jalan agak leceh pasal licin.  Naik tingkat 6 bilik prof, aku terpegun tengok bukit di Exeter memutih dipenuhi salji. Memang akan jakun!!!

Aku dan housemates telah merancang nak pegi ke Bath and Bristol for weekend gateaway.  The main aim was for a buffet dinner at Bristol.  Tapi menurut kawanku, Bristol tak best sangat city nya, so we decided to go to Bath as well.  So, we took the trains from Exeter at 8am to Bristol, then from Bristol to Bath. Kiranya singgah Bristol hanya untuk tukar train je.  Keluar je dari Exeter, macam orang jakun.  Kiri kanan jalan dipenuhi salji.  Perjalanan macam Alice in Wonderland.  Hahaha.....over pasal Exeter tak nampak langsung snow pagi tu, tapi bila naik train dalam 10 minit tu, terus nampak snow.  Wah...


Dalam sejam setengah sampai di Bristol, then naik train ke Bath selama 10 minit.   Sampai je Bath, terus cari Roman Bath,  nak masuk tapi kena bayar GBP 11 la pulak.  Terus cancel.  Then, jalan-jalan menuju ke Sally Lunn's untuk makan makanan traditional kat sini.  Serius sedap cream tea.  Sesuai dengan trademark kedainya, "You can't visit Bath without experiencing Sally Lunn's".  Lepas makan, terus ke Royal Crescent.   On the way ke sana terjumpa satu park yang penuh dengan snow.  Exeterian haruslah teruja menikmati salji. Terus bertukar watak menjadi kanak-kanak.  Berlari dan snow fight.  Satu kesilapan pakai gloves cotton masa main snow,  gloves jadi lembap dan tangan aku beku.  Serius tak rasa apa, amat sakit.  Kami pergi ke toilet dan aku basuh tangan aku yang tak rasa apa-apa tu dengan air panas.  Terus rasa darah naik ke kepala.   Sakit sangat masa tu, then aku suruh kawan aku gosok untuk bagi haba. Lepas gosok tu rasa lega sikit.  Ingat dah habis dah sengsara, rupanya tiba-tiba rasa mual dan nak pitam.  Terus duduk dan pejam mata.  Rasanya aku diserang low blood pressure, kurang gula, terpaksa habiskan satu bar coklat.  Memang kat sini aku akan sentiasa ada bar coklat dalam beg, sebab mudah sangat menggigil lapar lebih-lebih lagi winter ni.

Then, dalam pukul 4pm, bertolak ke Bristol untuk makan di Zaza Bazaar. Lupa nak snap gambar makanan pasal teruja sangat makan.  All you can eat for only GBP10! Dan, semuanya halal kecuali itik,turkey,babi,jelly,dan arak. Arak dan babi tu of course la haram.  Makan selama 1 jam 45 minit.  Nak pecah perut makan dengan laju supaya dapat makan semua yang ada kat situ.

Pukul 9pm, bertolak balik ke Exeter.  It was a nice, wonderful weekend!!  Physicist biasanya tak dapat keluar weekend pasal banyak assignments, tapi final sem ni kurang sikit, so kami amat teruja apabila weekend berada luar Exeter.  And I wonder, is this the last snow for me?  Hopefully not, InsyaAllah.

Enjoy the picture :)






Ignore muka bulat disitu, tengok salji yang memutih tu je :)


Gambar ni nak tunjuk teksture dinding tu,aku amat geli.......

Gloves given by Kak sah, masih elok dipakai untuk 3 tahun :)




we enjoyed our weekend :)


Group photo. Rombongan dari Exeter depan Roman Bath.










Di Sally Lunn's menikmati cream tea.









Yes, saya jakun dengan snow!














snow attack.  Ili redha je...






















Di Royal Crescent












Kak ika merejam Aishah...hahaha


pose memeluk tiang haruslah ada


Saturday, October 27, 2012

Eid- Adha Celebration

Selamat hari raya aidiladha!!! Hari raya kali ini jatuh pada hari jumaat.  So bad for us since we have lab session every Friday, plus for yesterday we had presentation.  Maka tak beraya lah kami physicist.  Malam raya, aku masak spageti tuna satu periuk untuk dinner dan bekal ke kelas.  Then, siapkan slides for presentation.  
      Bangun pagi, pergi ke kelas pukul 9 pagi.  Inilah pengorbanan as a student, orang lain bersarapan dengan rendang, kuah kacang, lemang segala, kami pula meredah pagi yang sejuk ke kelas. Morning session my partner and I buat experiment.  Afternoon session, presentation.  Not bad, tapi aku lagi puas hati dengan presentation sebelum ni :)
      Balik dari kelas,lebih kurang pukul 6 petang sampai rumah, rehat, solat then buka facebook.  Kejelesan melanda lihat mostly friends upload gambar beraya, even friends kat UK pun sibuk beraya.
      Sabtu pagi aku dan Izzah sibuk di dapur masak makanan untuk dibawa ke sambutan hari raya untuk Malaysian di Exeter.  We decided to cook Singaporean fried beehoon and triffle.  Simple but really nice.
Triffle with love
      Selepas makan, haruslah bergambar.  Hehehe.......

happy faces everywhere




Till then......

Sunday, October 7, 2012

rindu



sudah lama tak update blog iaitu sudah 4 bulan ..hehehe. ini semua gara-gara balik malaysia for summer.  alhamdulillah,balik summer best,agak tak rasa sangat 4 bulan tu pasal aku banyak spent masa kt merata-rata bukan hanya di kampung sehaja.  so agak rindu pula nak menulis pasal kalau menulis di facebook sudah tiada privacy lagi.  mungkin aku akan sambung menulis lagi selepas ini bila aku dapat kamera baru( ciss,alasan je nak beli kamera baru ).  esok akan buat proper update, pasal rumah baru, insyaAllah :)

sebelum tu layan dulu gambar ini. aku kalau boring buka laptop, tengok gambar rayyan yang macam2 gaya tu. lepas tu gelak sorang-sorang.hahaha.....
rayyan with chipmunk face :)
adelya and her mummy.....muahahaha