Tuesday, January 22, 2013

A wonderful weekend

Pada Jumaat lepas seluruh England dituruni salji, even di Exeter pun salji turun walaupun sedikit dan tak sempat nak main pun.  At least better than last year.  Jumaat kan ada lab, so sampai lab lewat sedikit pasal tunggu teksi ke campus.  Naik teksi pasal bangun lewat dan snow turun, kalau nak jalan agak leceh pasal licin.  Naik tingkat 6 bilik prof, aku terpegun tengok bukit di Exeter memutih dipenuhi salji. Memang akan jakun!!!

Aku dan housemates telah merancang nak pegi ke Bath and Bristol for weekend gateaway.  The main aim was for a buffet dinner at Bristol.  Tapi menurut kawanku, Bristol tak best sangat city nya, so we decided to go to Bath as well.  So, we took the trains from Exeter at 8am to Bristol, then from Bristol to Bath. Kiranya singgah Bristol hanya untuk tukar train je.  Keluar je dari Exeter, macam orang jakun.  Kiri kanan jalan dipenuhi salji.  Perjalanan macam Alice in Wonderland.  Hahaha.....over pasal Exeter tak nampak langsung snow pagi tu, tapi bila naik train dalam 10 minit tu, terus nampak snow.  Wah...


Dalam sejam setengah sampai di Bristol, then naik train ke Bath selama 10 minit.   Sampai je Bath, terus cari Roman Bath,  nak masuk tapi kena bayar GBP 11 la pulak.  Terus cancel.  Then, jalan-jalan menuju ke Sally Lunn's untuk makan makanan traditional kat sini.  Serius sedap cream tea.  Sesuai dengan trademark kedainya, "You can't visit Bath without experiencing Sally Lunn's".  Lepas makan, terus ke Royal Crescent.   On the way ke sana terjumpa satu park yang penuh dengan snow.  Exeterian haruslah teruja menikmati salji. Terus bertukar watak menjadi kanak-kanak.  Berlari dan snow fight.  Satu kesilapan pakai gloves cotton masa main snow,  gloves jadi lembap dan tangan aku beku.  Serius tak rasa apa, amat sakit.  Kami pergi ke toilet dan aku basuh tangan aku yang tak rasa apa-apa tu dengan air panas.  Terus rasa darah naik ke kepala.   Sakit sangat masa tu, then aku suruh kawan aku gosok untuk bagi haba. Lepas gosok tu rasa lega sikit.  Ingat dah habis dah sengsara, rupanya tiba-tiba rasa mual dan nak pitam.  Terus duduk dan pejam mata.  Rasanya aku diserang low blood pressure, kurang gula, terpaksa habiskan satu bar coklat.  Memang kat sini aku akan sentiasa ada bar coklat dalam beg, sebab mudah sangat menggigil lapar lebih-lebih lagi winter ni.

Then, dalam pukul 4pm, bertolak ke Bristol untuk makan di Zaza Bazaar. Lupa nak snap gambar makanan pasal teruja sangat makan.  All you can eat for only GBP10! Dan, semuanya halal kecuali itik,turkey,babi,jelly,dan arak. Arak dan babi tu of course la haram.  Makan selama 1 jam 45 minit.  Nak pecah perut makan dengan laju supaya dapat makan semua yang ada kat situ.

Pukul 9pm, bertolak balik ke Exeter.  It was a nice, wonderful weekend!!  Physicist biasanya tak dapat keluar weekend pasal banyak assignments, tapi final sem ni kurang sikit, so kami amat teruja apabila weekend berada luar Exeter.  And I wonder, is this the last snow for me?  Hopefully not, InsyaAllah.

Enjoy the picture :)






Ignore muka bulat disitu, tengok salji yang memutih tu je :)


Gambar ni nak tunjuk teksture dinding tu,aku amat geli.......

Gloves given by Kak sah, masih elok dipakai untuk 3 tahun :)




we enjoyed our weekend :)


Group photo. Rombongan dari Exeter depan Roman Bath.










Di Sally Lunn's menikmati cream tea.









Yes, saya jakun dengan snow!














snow attack.  Ili redha je...






















Di Royal Crescent












Kak ika merejam Aishah...hahaha


pose memeluk tiang haruslah ada










2 comments: