Thursday, February 28, 2013

strength

This is my final year in Exeter.  Somehow, I need strength to be here.  Need a friend that can chat and motivate me, macam di kolej dulu.  Need concern from someone, that will ask me, how's your study, ok or not.  how's your life and everything.

#mood lonely me :(

Thursday, February 21, 2013

One Litre of Tears

Ini adalah antara drama Jepun yang buat aku menangis macam orang gila.  Sedih betul cerita ni, lagi sedih bila drama ni adaptasi daripada cerita sebenar.  First time tengok dulu semasa belajar di KYUEM.  Masa ni semua orang ada softcopy cerita-cerita korea dan jepun.  Aku tengok guna laptop kawan aku, dulu aku manalah ada laptop segala ni.  Mula-mula tengok ok lagi, masuk 2,3 episod, tisu terus jadi kawan.  Menangis sampai sakit kepala dan moody.  Mata bengkak sangat jadinya.  Serius sedih sangat. Then, second time tengok dengan adik aku.  Sanggup aku beli cd untuk tengok di rumah.  Marathon semua episod satu malam di rumah kakak di Johor.  Tutup lampu, menangis supaya aku tak nampak kau, kau tak nampak aku.hahaha.... Then, tengok kali ke 3 bila masa tahun akhir di KYUEM, saja bila stress, tengok drama yang boleh buat menangis.  Drama ni walau tengok banyak kali pun still sedih yang amat.
Bagus betul pelakon Sawajiri Erika ni, pandai betul dia menghayati watak.  One litre of tears ni mengisahkan Aya (lakonan Erika), menghidap penyakit yang tak boleh diubati, nama penyakitnya, spinocerebellar degeneration.  Penyakit yang jarang orang dapat.  Penyakit ni buatkan otak degenerate dan tak mampu untuk mengawal fungsi badan.  Penghidap akan hilang upaya step by step.  Aya seorang yang aktif bersukan, once dia dapat penyakit ni, satu perkara yang susah dia nak terima.  So, basically drama ni mengisahkan kehidupan Aya.

Seriously, bukan 1 litre of tears tapi berliter-liter air mata bila tengok cerita ni.  Moral of the story, sokongan keluarga amatlah penting bila ada family member yang susah.

my fiancee



hensemnya dia!!!hahaha......

Tuesday, February 12, 2013

Resepi Pasta Carbonara Simple

Sangat simple resepi, ambil dari senior, kak ika mazlan.  thanks kak :)

Bahan- bahan:
 any type of pasta, kalau carbonara aku suka fusili
 fresh milk
 butter
 kiub pati ayam
 mozarella cheese
 tepung jagung

Cara- caranya:
 Mula-mula, panaskan susu, amount yang nak guna depends on pasta yang ada, so pandai-pandai letak.
 Dah agak panas,tapi bukan berbuih, masukkan dua sudu butter, kacau hingga cair.  Then, masukkan       satu kiub pati ayam.  Kacau hingga semuanya sebati.  Then, masukkan cheese, kacau lagi hingga likat. Dalam mangkuk lain, bancuh satu sudu tepung jagung, then masukkan ke dalam periuk.  Kacau hingga sebati.  Last sekali, rasalah, dah cukup masin tak.  Kalau tak masin, tambah garam sedikit.

Untuk condiment, aku rebus brokoli dan sosej, then, masukkan kedalam periuk td bersama pasta yang telah direbus.

Siap!









Sunday, February 10, 2013

Resepi Nasi Kerabu Perantau




Aku selalu craving makanan yang sedap-sedap.  Kalau ada masa lapang je, mesti buka blog makanan dan tengok gambar-gambar yang bisa buat air liur meleleh.  Hari tu craving nak makan nasi kerabu.  Then, google la resepi.  Hasil ingatan tolong kak lah masak nasi kerabu di dapur, berjayalah aku memasak nasi kerabu.  Nama nasi kerabu perantau sebab guna je bahan yang ada kat sini.  tak dapat la demand daging bakar and whatsoever.  Ikan guna tuna flakes in brine je.  So, sangat lah senang nak buat.  Rasa bangga dapat masak nasi kerabu pasal aku rasa masak nasi kerabu ni amatlah susah.  Syabas kepada diri sendiri!

RESEPI:
Sambal Tumis
  5-10 biji lada kering*
  1 biji bawang besar*
  2 ulas bawang putih*
  1 cm halia*
  1 sudu kecil serbuk kunyit*
  1 paket santan dibancuh jadikan 200ml
  2 batang serai*
  2 keping asam gelugur
  2 sudu besar budu ( aku tak ada budu :( )
  garam
  gula

Cara-caranya:
  Blend semua bahan *.  Then, panaskan minyak, tumis bahan sampai pecah minyak. Bila 
  dah pecah minyak, masukkkan santan, gula, asam keping.  Jika sangat pekat, masuk air sedikit.

Sambal Ikan
  1 tin tuna in brine
  1 cawan kelapa parut (desiccated coconut, dijual di continental shop)
  2 ulas bawang putih*
  3 biji bawang merah*
  1 batang serai*
  1 cm halia*
  Lada hitam

Cara-caranya:
   Bahan * dihiris halus macam nak buat kerabu.  Kelapa parut digoreng tanpa minyak dengan api yang 
   kecil sehingga jadi perang.  Ingat, jangan sesekali tinggal sebab aku tinggal sekejap terus jadi hangit.
   Tuna in brine tu asingkan brine, ambil tuna je.  Goreng tanpa minyak hingga air kering, ala-ala jadi 
   ikan bakar gitu.  Campur semua bahan, then masukkan gula dan garam.

Bahan- bahan sampingan:
   Keropok
   Telur masin ( kami jeruk sendiri dalam sebulan sebelum buat nasi kerabu, telur itik dibeli di carboot        
   dikala hari hujan,nostalgia)
   ayam goreng/ikan goreng
   Kacang panjang ( disebabkan mahal, guna kacang buncis je, dihiris halus-halus)
   Taugeh
   Budu ( tak bawa, sedih!! minta belas ihsan kawan yang bawa)

Alhamdulillah, akhirnya berjaya makan nasi kerabu di perantauan.  Nasi guna nasi biasa tanpa warna sebab malas.