Monday, July 22, 2013

Baru semalam

Pejam celik, pejam celik dah 3 tahun aku belajar di Exeter ni.  Lusa dah nak balik for good dah.  Rasa hati sayu je nak tinggalkan Exeter.  Saya tak nak balik for good!!! Nak balik Malaysia, then datang balik, tapi tak nak belajar, kpm boleh belanja?

 Rasanya baru semalam je aku sampai di Heathrow airport disambut oleh senior yang belajar di London.  Hembusan angin waktu autumn rasa sangat sejuk pada waktu tu.  Kakak senior tu lah yang tolong hantar ke train station untuk ke Exeter.  Rasa macam semalam aku masuk hall Rowancroft Mews bersama yat dan ekin.  Ingat lagi dulu sangat tak reti memasak.  Makan je apa yang ada.  Makanan yang selalu makan dulu adalah makanan segera, mee maggie dari Malaysia yang bawa untuk stok setengah tahun dan pizza dari Iceland yang harganya £1.  Berjaya masak nasi lemak satu kebanggaan waktu tu.  Website myresepi jadi guru untuk masak.  Dahla time tu stok ayam halal amatlah mahal.  Makan ayam rasa macam mewah sangat.  Kalau ikan lagilah rasa mewah.  Hari pertama ke university amatlah lucu.  Hall amatlah jauh dari uni, about 40 minutes jalan kaki laju orang putih ikut jalan shortcut. Yat, ekin dan aku jalan kaki ikut jalan bus, yang mana amat jauh.  Dekat sejam baru sampai ke uni.  Lepas tu, tak jalan kaki dah, sebab beli bus pass untuk setahun.  Tak sanggup untuk letih berjalan ke kelas.  Bila dah ada bus pass, bermulalah episode mengejar bus.  Bus amatlah on time kat sini, kami yang terhegeh-hegeh ni selalu je kejar bus.  Pengalaman!! Pak cik driver pula amatlah baik, mesti sapa Good Morning my love!

Rasa macam semalam je bila masuk lecture theater, semua orang pandang sebab pelik dari yang lain.  Kami berempat je yang pakai tudung.  Lecture yang pertama adalah introduction to astrophysics oleh prof roy sambles.  Sepatah haram tak faham apa yang diajar.  Nak catch up slang lagi, nak dengar dia mengajar, nak tengok slide la.  Waktu lecture buat lawak, semua orang gelak.  Then, kami berempat akan discuss apa yang lucu tadi, then, baru gelak bersama-sama.  Macam siaran tertunda.  Hahaha....

Anyhow, esok dah nak balik Malaysia for good.  Moga pengalaman 3 tahun di sini berguna.

Saturday, July 20, 2013

My Graduation Day

July 19th, 2013.
My graduation day.  Feeling so blessed to be one of graduands.  Walaupun majlis kat sini tak semeriah majlis di Malaysia, tapi rasa sangat bersyukur atas segala usaha belajar selama ini.  30 seconds on stage with chancellor was a great moment.

Sebelum majlis tu, pergi ke Waitrose untuk beli bunga.  Beli bunga yang tak deco oleh florist pun sbb kalau florist buat mesti mahal.  Beli on the day before pasal kat university tak ada orang jual pun bunga.    Then, wrap bunga tu dengan kertas kaler pink untuk nampak sikit a bouquet of flower for graduation.  Ili yang belanja bunga tu, thanks ili :)

Pukul 9pagi dah sampai uni, abah Aishah yang tolong hantar.  Thanks uncle for being there!  Sampai je uni, terus pergi collect gown,hood,and cap di Kitchen cafe, Devonshire house.  Then, pergi ambil gambar portrait dengan official photographer.  Aku pilih yang paling murah sekali, satu keping gambar yang besar, 2 keeping gambar yang saiz biasa.  Total harga include shipping cost me about £55.  Mahal gila.  Kalau gambar family lagi lah mahal, more than £80. 

Lepas dah settle semua tu, bergambar kat luar hall sambil tunggu Ili keluar.  Ili grad pukul 9pagi.  Punyalah panas, mencabar keimanan bagi orang-orang yang berpuasa.  Cameraman pada hari tu adalah Aishah,  sebab dia dah grad pada 16 July.  Thanks Aishah jadi cameraman, parents, pegang beg, flower girl, segala benda lah dia buat hari tu.  Yelah, aku dengan ikin kan tak ada siapa datang, so segalanya kena buat sendiri.  Nasib ada Aishah yang tolong hari tu :) . 
Gambar sebelum make up cair, rambut terkeluar, muka berpeluh.......Aku dengan muka pagi yang susah nak hilang, padahal dah bangun awal dah tu.
Hari tu ramai Malaysian yang grad.  Budak fizik dan budak economics.
Bergambar dengan housemate.  Bunga dengan wrapping yang sama pasal buat sendiri,Hahaha....
Then, pukul 11.30pagi, masuk dewan.  Untuk ceremony ni, semuanya dari school of engineering, mathematics, and physical sciences.  Dari phd, master and undergrads students.  Untuk Bsc Physics, aku jadi orang yang pertama dipanggil.  Majlis sangatlah simple and quick.  Tak meleret.  Dimulakan dengan ucapan chancellor, then vice chancellor.  Ucapan pula short and inspiring.  Then, chancellor berdiri di tengah tunggu graduands naik ke pentas.  Dia peluk sorang-sorang, then bagi kata-kata semangat.  Walaupun kata-kata dia tu ulangan untuk setiap pelajar, tapi semangat dia masa bagi kata-kata buat kita rasa, "oh,dia bagitau aku sorang je kot",  Aku dapat, "you are very beautiful today! Please make use of this to change the world", lebih kurang macam ni lah.  Then, masa jalan kat stage tu, semua lecture and dif-dif kat stage tu tepuk tangan, diorang tak malas.  So, it makes me fell so proud!  Bangga yang finally kita berjaya.
Pandai lecture yang panggil nama ni, dia tak salah sebut nama aku.  Masa duduk kat kerusi tu, ada staff datang check attendance, dia tunjuk je nama aku, sebab tak reti nak sebut.  Dia tak nak sebut takut salah. Hehehe......


Lepas habis majlis, keluar dari dewan diiringi oleh band dengan lagu Congratulations.  Semua guest bertepuk tangan.  Di luar dewan, official photographer bersedia untuk snap gambar group.  Mula group besar dulu, iaitu CEMPS.  Then, dia divide by small group based on course.  Kitaorang keluar paling lambat, so berdiri kat tepi.  Gambar tak lawa kalau kat tepi.



Masa kami dok bergambar di situ, adalah sorang pakcik local ni, asyik tengok kami je.  Then, nampak dia curi-curi snap gambar.  Lepas tu, dia tegur, kata nak snap gambar kami bersama anak dia.  Dia kata "You're so beautiful" Kesian anak dia, blushing kena paksa bergambar dengan kami.
Ni masa small group, kami kat tengah.  Hanya tiga orang yang bertudung di situ.

Saat yang ditunggu, time nak lempar topi tu.  Hehehe....siap awal-awal buang pin segala.  Topi tu amat longgar. Kena pin bagai.
Bergambar dengan prof yang ajar electronic masa first year.  Kejap je belajar benda ni, sebab aku tak minat.  



Bergambar dengan classmate yang baik.
Richie partner lab ekin.  Matching nampak di situ....
Gambar posing haruslah ada..





masa ni dah letih nak senyum.  Semua orang dah exhausted.  Tudung pun dah jadi macam apa dah.

Hari yang amat letih tapi bahagia.  Thanks everyone for making this a memorable one.

Thursday, July 11, 2013

Pengalaman Berpuasa

Semalam bermula pengalaman aku berpuasa di Exeter.  Walaupun sudah 3 tahun belajar kat sini, tapi ni pengalaman pertama aku sebab setiap tahun aku akan balik berpuasa di Malaysia.  Bersahur sorang-sorang sambil ditemani laptop, sangat tak berselera!  Untuk sahur hari pertama, aku bangun pukul 2 pagi untuk goreng ayam.  Ayam dah perap siap-siap before that and sambal terung pun dah siap dimasak, just panaskan dalam microwave je.  Subuh masuk pukul 3.06pagi.  So, bermulalah puasa 19jam aku.  Maghrib pula pukul 9.27malam.  Lepas subuh tu dalam pukul 3.30pg, aku tak tahu nak buat apa, so tidurlah jawabnya.  For the whole day, aku just baring kat katil sambil tengok movie.  Rasa macam baru belajar puasa.  Sebab tak biasa, sebelum ni ada juga ganti puasa bulan syaaban, so praktise disitu.  Tapi tahun ni, tak de sebab puasa dah ganti time winter hari tu.  Punyalah lama, dalama pukul 5 ptg macam tu, dah kira berapa jam lagi, kalau di Malaysia adalah dalam 2jam lagi, tapi aku ada lagi 4jam.  Puasa kat sini tak rasa lapar sangat, cuma agak kering, tapi laparlah juga sebab lama sangat.  Bayangkan time buka puasa tu aku makan puding honeydew, tak rasa apa-apa sebab mulut sangat kering.  Lepas minum dan makan, baru gain balik rasa.  Menu berbuka untuk hari pertama, Ekin masak gulai ayam, aku goreng telur dadar special, ikan kering, sambal terung semalam, dan sambal kicap.  Berbuka berdua je semalam pasal Izzah ke Heathrow jemput family dari Malaysia, Ili dan Aishah still on vacation.  Dalam pukul 10mlm dah siap berbuka, then solat maghrib, tunggu Isyak pukul 10.59mlm.  Semalam aku tak berjaya solat terawih lagi pasal keletihan,  InsyaAllah, malam ni akan diusahakan.  Pkl 11.30mlm, aku dah tidur.  Tengok betapa tak sihatnya, makan lewat malam, then terus tidur.  Tapi, no choice.  Pukul 2pagi, alarm dah start bunyi dah, tapi perutku punyalah masih kenyang lagi.  Rasa malas betul nak sahur sebab serius sangat kenyang lagi.  Tapi, paksa diri pasal aku tahu kalau aku tak sahur, memang tak leh nak tahan for another 19jam lagi.  So, makanlah dalam keadaan diri yang masih kenyang.  Hari ni tak tahu nak masak apa, makan je lah apa yang ada.  Aku kalau goreng telur pun makan je.  Dasar pemalas!