Saturday, October 27, 2012

Eid- Adha Celebration

Selamat hari raya aidiladha!!! Hari raya kali ini jatuh pada hari jumaat.  So bad for us since we have lab session every Friday, plus for yesterday we had presentation.  Maka tak beraya lah kami physicist.  Malam raya, aku masak spageti tuna satu periuk untuk dinner dan bekal ke kelas.  Then, siapkan slides for presentation.  
      Bangun pagi, pergi ke kelas pukul 9 pagi.  Inilah pengorbanan as a student, orang lain bersarapan dengan rendang, kuah kacang, lemang segala, kami pula meredah pagi yang sejuk ke kelas. Morning session my partner and I buat experiment.  Afternoon session, presentation.  Not bad, tapi aku lagi puas hati dengan presentation sebelum ni :)
      Balik dari kelas,lebih kurang pukul 6 petang sampai rumah, rehat, solat then buka facebook.  Kejelesan melanda lihat mostly friends upload gambar beraya, even friends kat UK pun sibuk beraya.
      Sabtu pagi aku dan Izzah sibuk di dapur masak makanan untuk dibawa ke sambutan hari raya untuk Malaysian di Exeter.  We decided to cook Singaporean fried beehoon and triffle.  Simple but really nice.
Triffle with love
      Selepas makan, haruslah bergambar.  Hehehe.......

happy faces everywhere




Till then......

Sunday, October 7, 2012

rindu



sudah lama tak update blog iaitu sudah 4 bulan ..hehehe. ini semua gara-gara balik malaysia for summer.  alhamdulillah,balik summer best,agak tak rasa sangat 4 bulan tu pasal aku banyak spent masa kt merata-rata bukan hanya di kampung sehaja.  so agak rindu pula nak menulis pasal kalau menulis di facebook sudah tiada privacy lagi.  mungkin aku akan sambung menulis lagi selepas ini bila aku dapat kamera baru( ciss,alasan je nak beli kamera baru ).  esok akan buat proper update, pasal rumah baru, insyaAllah :)

sebelum tu layan dulu gambar ini. aku kalau boring buka laptop, tengok gambar rayyan yang macam2 gaya tu. lepas tu gelak sorang-sorang.hahaha.....
rayyan with chipmunk face :)
adelya and her mummy.....muahahaha

Tuesday, May 15, 2012

WISHLIST

Sabtu ni ada satu lagi paper, CONDENSED MATTER. Tapi malas nak study lagi, sibuk dok fikir nak balik ni...sebelum balik haruslah ada wishlist makanan yang wajib dipenuhi masa cuti summer nanti ( yahoo, rabu depan balik, moga semuanya berjalan lancar ). Here is the list!!!!


  1. NASI ULAM DENGAN BUDU :
    yang ni memang wajib makan. Hopefully resdung aku berkurang time kat Malaysia.  Sebab kat sini teruk bebenar, setiap pagi akan bersin. 
  2. NASI KERABU
  3. NASI DAGANG
  4. CHAR KUEW TIAU
  5. Segala jenis makanan pasar malam 
  6. SATE
  7. STEAMBOAT
  8. NASI LEMAK
    favourite nasi lemak yang my brother beli kat putrajaya.sambal nya sedap sangat
  9. KFC
    yang ni juga wajib, pasal kat sini tak halal la
  10. STEAMBOAT
    Raisah sila belanja saya ye :)
  11. ASAM LAKSA or LAKSA PENANG
    Asam Laksa nak pegi makan kat JUSCO Midvalley..hooyeh..Laksa penang tu beli kat pasar Pasir Puteh pun sedap yang amat dah
  12. IKAN BAKAR
    nak makan ikan sangat2 sebab dah lama tak makan ikan.  Ikan kat sini mahal.  Kalau rasa nak makan ikan sangat, beli salmon je lah.  Tapi salmon serius sedap.. Tapi ikan Malaysia lagi sedap.
  13. KUIH TRADISIONAL
    akok, baulu, lompat tikam
  14. MEE/KUEW TIAU/BIHUN
    segala benda ni sama ada sup, tomyam,kari..yang penting berkuah la...sebab my favourite ni.  Kalau mee sup perut sedap di Tunjung...sedasnya!!!
  15. NASI BERLAUK


    ok...wishlist sentiasa bertambah dari masa ke semasa :)

Tuesday, May 8, 2012

Exam

9 May 2012, esok aku akan mula berjuang, ceh berjuang lah sangat, padahal preparation ciput je.  Esok first paper adalah Thermal Physics.  Subject ni all about statistical physics, molecule, temperature, Boltzmann.....aku suka subject ni sebab banyak buat kira2 dan proving..Lecturer siap cakap lagi kalau proving tu, awak x cukup masa, tulis je apa2.or kalau awak stuck je...terus jump to conclusion iaitu PROVED!!!!hahahaha....dia kata dia malas nak check kalau jawapan yang panjang2 tu.....sempoi lah lecturer ni :)

Jumaat, 11 May 2012 pula paper The Physics of Living System....yang ini pecah kepala nak faham dan kalau faham pun kena hafal key-points.  Serius risau yang ini pasal past paper aku tak buat lagi sebab aku concentrate kat  drama melayu  reading instead of buat past paper semua tu.  Kalau setakat tanya what is the function of the bone tu, InsyaAllah boleh jawab la :)  <<<nervous la.

Then, next paper adalah 14 May 2012. Yang ni Mathematics with physical applications.  Aku ni bab2 mathematics ni lemah sikit pasal aku ni cuai dan lembab sikit.  Kalau orang lain boleh jump steps, aku tak.  Aku kena buat satu.  Contoh, kalau expand bracket la, aku expand siap ada arrows segala atas number tu, kalau orang lain tu buat dalam kepala je.  Buat macam tu, confirm la aku silap sebab careless yanag amat.  Pernah tu test hari tu.  Soalan matrices yang banyak numbers tu...Aku dah risau sebab banyak sangat number.  Time nak buat tu, aku pun salin la number tu, dengan bangganya aku salin salah utk satu number.  Salah satu, salah semua.  Dah la soalan tu berantai,  semua lah salah.  Tapi lecturer baik hati, dia bagi sikit markah.  Tapi aku still fail la.  Time aku dapat result tu, tutor aku tanya kenapa.  Then, aku pun jawab," I did stupid mistake" dengan nada nak nangis:( Last2 nangis depan tutor!!!  MALU weh, dah la tutor handsome.

Finally, paper last adalah Condensed matter on 19 May 2012.  Subject ni tutor aku yang ajar dan subject yang paling boring.  Belajar pasal benda tak nampak dan tak boleh imagine.   BOSAN!!! dan seriously aku tak start lagi buat past papar untuk Condensed ni.

Semoga Allah memudahkan urusan aku ni.  Semoga Allah terangkan hatiku dan beri kefahaman yang mendalam.  Aku tak nak cuai!!!

Good LUck semua ....

Best of luck semua..Kak yana all the best for your final


Sunday, May 6, 2012

When physicist learns biology....

Hmmm....this term aku dan kawan2 belajar The physics of living system or in the other word, 'Physiology'.  So banyaklah biology term yang tak faham dan kena belajar balik macam venule, arteriole,extracellullar matrix, bla bla bla..... Hahaha...masa time lecture dulu, salin je lecture notes dan tak buat apa2 pasal course ni 100% exam, no coursework.  Lagipun, banyak lagi coursework yang perlu buat that contribute to my final.  Jumaat ni exam paper ni, so aku pun nervous lah, dengan notes yang banyak nak hafal tu, kan fizik sebelum ni tak perlu hafal sangat, more tu understanding.  But, this is totally different.

Tapi, aku suka baca subjek biology sebab banyak benda yang tak tahu jadi tahu.  Seriously, it is fun to learn about ourselves and at the same time we can reflect that how great is Allah that create us.  Even kawan aku, Joshua Nunn pun terfikir pasal how great is God bila belajar benda ni :), aku selalu doa agar Allah beri hidayah untuknya sebab dia baik sangat.  Contoh benda yang aku tak tahu ialah rupanya-rupanya bone yang hasilkan blood...hahahaha....serius aku baru tahu benda ni...

tengah-tengah dok confused pasal bab-bab ni, berbincanglah aku dengan kawan aku ni.   Masing2 bagi jawapan yang lucu, more to physics.  Lepas tu fikir kenapa arteriole babi ni lebih besar dari manusia?Lepas tu fikir, kenapa babi sifatnya macam tu?Mesti ada hikmah Allah cipta setiap makhluknya kn?  See...kalu dua orang berbincang, mesti melalut ke mana ntah....masalah2.....

Time buat past paper tu, ada soalan tanya pasal, why genetic code is based on 4 bases? Ya Allah, macam mana aku nak jawab soalan ni.  It is written, kalau ikut Islam la....tapi????xkan nak jawab dalam exam macam tu.  Ke soalan ni nak statistical analysis?  Tolong!!! kalau keluar exam soalan mcm ni, macam mana?

Wednesday, May 2, 2012

Hobi adalah makan

Ni entry pasal sebelum dan selepas aku pergi konsert maher zain tu.  Aku bertolak dari Exeter ni hari Sabtu, then check in hotel di Bayswater.  Bayswater ni best sebab banyak kedai makan halal.  Heaven giler makan kat sini, yelah kalau kat Exeter ni, kedai makan halal ni boleh dikira dengan jari, mahal pula tu.  Lepas check in, tu kami relaks kejap, then bersiap-siap untuk keluar ke Hammersmith, tempat konsert tu.  Sebelum tu, haruslah bergambar bersama depan cermin bilik hotel ni...
me and Izzah
Ini adalah Izzah, rakan seperjuangan aku di Exeter.  Dia pun amik physics and we share lots of same interests.  Dia la yang jadi mangsa aku yang suka makan ni...So, pergi London wajib makan di tempat yang tak ada kat Exeter ni.WAJIB!!!

Then, kami makan dulu kat Bayswater ni, makan kat Noodle Station.  Nak nangis makan ni, rasa makan mee goreng beli pasar malam, sedap sangat. Rindunya nak makan mee gerai.

Mee goreng!!!
The next day, kami mencekik di Tinseltown...makan lagi. tempat ni harus pergi bukan wajib pasal mahal.

Chicken Wing with BBQ sauce, serius sedap

Lamb chop..
bila belajar kat sini baru aku start makan lamb...best lamb sini, tak berbau...kalau kebab ke, sedap weh.  Kami share chicken wings tu tapi lastly kami take away pasal kenyang sangat makn lamb chop tu..Tu la nafsu!!!  Nak habiskan lamb chop tu makan masa 2 jam..sampai pekerja dia naik menyampah sebab lepak lama sangat...Hahahaha.....Suka hati lah.  Aku bayar kot!

Kami juga mencekik di Subway.  Kalau kat Malaysia, tak pernah aku masuk Subway ni.  Tapi kat sini, hmm...amik kau...sedap sangat la...Tapi Exeter tak ada yang halal.  So, time pergi London ke, baru boleh makan.

Itulah yang aku makan untuk dua hari di London. :)

The Journey with Maher Zain

Pada bulan April lepas aku pergi ke London untuk attend Send A Little Hope Concert.  Konsert ni menampilkan Maher Zain ( the main reason why we attend :) ), Mesut Kurtis, Raef, Hamza Namera, dan Irfan Makki.  The concert was awesome!!!  Ini first time aku pergi konsert, so aku tak tahu nak bandingkan dengan mana-mana konsert.

The main aim for this concert is to help orphans to escape the poverty like in Bangladesh and Pakistan.  The orphanage are really poor, you even can't imagine how they manage to live in that situation.  They got no electricity, no running water or proper sanitation and parts of the roof have been destroyed in storms.  They live in starvation and total poverty.  So, on that night, they hold about 30 minutes of the concert to raise a fund for the orphanage.  First, they announced that who are going to pledge that he/she will provide a fund about GBP 50000.  There was one person raised the hand.  Alhamdulillah.  Then, the emcee announced the next amount GBP 25000.  The amount goes on until GBP200.  They managed to collect about more than GBP 100000.  Alhamdulillah.......



The show began with Irfan Makki.  Dia nyanyi lagu bahasa arab, so aku meme tak faham la. Then, Mesut Kurtis pun nyanyi.  Aku tak minat sangat diorang ni.  Raef pun ada yang nyanyi lagu Jumuah, I'm yours, With you versi Islamic tu.  Best suara diorang ni, sama macam dengar kat You Tube...so , tak rugi la pergi tengok ni. Layan gambar kejap.....
Irfan Makki
Raef!!!!!
Mesut Kurtis
Then, Hamza Namera nyanyi...dalam otak aku ni bilalah Maher Zain nak keluar ni.   But then, bila Hamza ni nyanyi,...OMG!!!best giler...muzik dia matlah best dan dia macam ada aura masa buat persembahan tu.  Ramai rupanya peminat dia, siap bangun dan bertepuk macam nak joget siap... dia penyanyi arab, so muzik arab ni, yang macam nak joget je.  Bila audience bertepuk dan sorak dia, Hamza ni macam malu-malu je, dia senyum sweet giler...huhuhu...cair weh, terus minat dia ( balik je, terus buka You Tube dengar lagu dia..hahaha).  Ni gambarnya:
Hamza Namera and his smile :)))

Dalam pukul 8 malam gitu, konsert stop kejap pasal waktu maghrib dah masuk.  Aku terpegun gila dengan pengurusan event ni. Terdiam aku dengan kawan aku tu.  Kami macam jumpa Islam di negara asing, tak terfikir pun yang event macam ni boleh ada kt UK, yang mana Islam itu asing.  Subhanallah.  Then, emcee tu laungkan azan...then, audience pun pergi lah tunaikan solat maghrib.  Solat di merata-rata tempat, yelah mana nak cari surau kat sini.

Lepas solat tu, Maher Zain buat persembahan :)....Best giler. Dia nyanyi mostly lagu dalam album baru dia tu:Forgive me.  Sikit je yang lagu dulu-dulu.  Dalam 12 lagu la dia nyanyi....
Maher Zain
So, puas hati lah pergi konsert ni dan dapat lihat all muslims around the world, buka mata yang Islam itu bukan terletak pada bangsa. Islam is islam.  Alhamdulillah.  Kami balik pukul 11.30malam, then terkejar;kejar naik tube untuk balik ke hotel.

Monday, April 30, 2012

Sunny day :)

Alhamdulillah hari sunny sekejap setelah seminggu cuaca gloomy je.  Sekarang musim spring sepatutnya, tapi cuaca macam winter, sejuk, langit gelap, dan berangin.  Semalam angin punyalah kuat, macam ribut taufan kalau dengar dari bilik aku ni.  Kadang2 takut juga, manalah tahu apa-apa nak berlaku.

Hopefully, tomorrow will be sunny too....sebab kalau cuaca yg gloomy buatkan aku rasa malas dan nak tidur je (padahal meme malas dan suka tidur...hahahha).

Sunday, April 29, 2012

Nasi goreng budget

Hari ni bangun pukul 5 pagi sebab nak solat subuh since subuh habis pukul 5.50pagi.  Sekarang ni agak mencabar nak bangun subuh, rasa macam berjihad nak bangun dari katil.  Tadi aku amalkan tips yang aku tengok kt you tube.  Tips tentang "how to wake up for fajr prayer".  And it works....alhamdulillah :).  Nanti aku share.  Cehh,bajet ada orang baca je kalau share.  Tapi takpe, aku share untuk diri sendiri dan kalau orang baca, amalkan, alhamdulillah.

Oh, membebel dan lari dari tajuk.  Lepas solat subuh tu, aku pun termenunglah atas katil, then, laparlah pula.  Dalam fikiran ni macam2 nak makan.  Huh, nafsu makan ni makin menjadi-jadi lately ni.  Aku pun decide nak goreng nasi.  Nasi goreng ni antara menu nak cepat dan menu time duit tak ada.


Gambar tak clear pasal ambil guna hp.  Nasi goreng ni aku guna tuna.  Sedap kalau guna tuna, umpama makan nasi yang digoreng dengan ikan goreng.  Lepas tu tabur ikan bilis goreng garing.  Fuhh...aku makan ni sekejap je, licin.

Then, lepas dah siap makan tu sepatutnya aku ni study la pasal exam dah dekat sangat.  Tapi, apa aku buat selama 2jam lebih?  Aku pegi baca blog-blog yang tak pernah ak terjah lagi.  Lepas tu, berpinar mata sebab concentrate sangat.  Cehh, macam la study.   Lastly, aku pun tido....dah la hujan,sejuk, berbungkus dalam duvet.  HEAVEN!!!

I am back :)

sudah lama x update blog.  rasa rindu nk menulis. InsyaAllah, aku akan mula menulis kembali.  Menulis pengalaman hidup utk dijadikan kenangan.  sebab sekarang ni dah tak tahu nak menulis kat mana.  Dulu asyik tulis kat facebook tapi sejak dua menjak ni malas nak tulis kat situ pasal macam tak ada privacy.  So, ak beralih ke twitter la pula, tp still tak ada privacy.  So, kembali kepada blog.  Dulu malas nak tulis blog pasal masa aku nak sign in je, mesti laptop detect virus, so aku takut la nak sign in.  Tapi, boleh dikatakan setiap hari aku baca blog-blog yang aku rasa best.

I am back....