Saturday, July 20, 2013

My Graduation Day

July 19th, 2013.
My graduation day.  Feeling so blessed to be one of graduands.  Walaupun majlis kat sini tak semeriah majlis di Malaysia, tapi rasa sangat bersyukur atas segala usaha belajar selama ini.  30 seconds on stage with chancellor was a great moment.

Sebelum majlis tu, pergi ke Waitrose untuk beli bunga.  Beli bunga yang tak deco oleh florist pun sbb kalau florist buat mesti mahal.  Beli on the day before pasal kat university tak ada orang jual pun bunga.    Then, wrap bunga tu dengan kertas kaler pink untuk nampak sikit a bouquet of flower for graduation.  Ili yang belanja bunga tu, thanks ili :)

Pukul 9pagi dah sampai uni, abah Aishah yang tolong hantar.  Thanks uncle for being there!  Sampai je uni, terus pergi collect gown,hood,and cap di Kitchen cafe, Devonshire house.  Then, pergi ambil gambar portrait dengan official photographer.  Aku pilih yang paling murah sekali, satu keping gambar yang besar, 2 keeping gambar yang saiz biasa.  Total harga include shipping cost me about £55.  Mahal gila.  Kalau gambar family lagi lah mahal, more than £80. 

Lepas dah settle semua tu, bergambar kat luar hall sambil tunggu Ili keluar.  Ili grad pukul 9pagi.  Punyalah panas, mencabar keimanan bagi orang-orang yang berpuasa.  Cameraman pada hari tu adalah Aishah,  sebab dia dah grad pada 16 July.  Thanks Aishah jadi cameraman, parents, pegang beg, flower girl, segala benda lah dia buat hari tu.  Yelah, aku dengan ikin kan tak ada siapa datang, so segalanya kena buat sendiri.  Nasib ada Aishah yang tolong hari tu :) . 
Gambar sebelum make up cair, rambut terkeluar, muka berpeluh.......Aku dengan muka pagi yang susah nak hilang, padahal dah bangun awal dah tu.
Hari tu ramai Malaysian yang grad.  Budak fizik dan budak economics.
Bergambar dengan housemate.  Bunga dengan wrapping yang sama pasal buat sendiri,Hahaha....
Then, pukul 11.30pagi, masuk dewan.  Untuk ceremony ni, semuanya dari school of engineering, mathematics, and physical sciences.  Dari phd, master and undergrads students.  Untuk Bsc Physics, aku jadi orang yang pertama dipanggil.  Majlis sangatlah simple and quick.  Tak meleret.  Dimulakan dengan ucapan chancellor, then vice chancellor.  Ucapan pula short and inspiring.  Then, chancellor berdiri di tengah tunggu graduands naik ke pentas.  Dia peluk sorang-sorang, then bagi kata-kata semangat.  Walaupun kata-kata dia tu ulangan untuk setiap pelajar, tapi semangat dia masa bagi kata-kata buat kita rasa, "oh,dia bagitau aku sorang je kot",  Aku dapat, "you are very beautiful today! Please make use of this to change the world", lebih kurang macam ni lah.  Then, masa jalan kat stage tu, semua lecture and dif-dif kat stage tu tepuk tangan, diorang tak malas.  So, it makes me fell so proud!  Bangga yang finally kita berjaya.
Pandai lecture yang panggil nama ni, dia tak salah sebut nama aku.  Masa duduk kat kerusi tu, ada staff datang check attendance, dia tunjuk je nama aku, sebab tak reti nak sebut.  Dia tak nak sebut takut salah. Hehehe......


Lepas habis majlis, keluar dari dewan diiringi oleh band dengan lagu Congratulations.  Semua guest bertepuk tangan.  Di luar dewan, official photographer bersedia untuk snap gambar group.  Mula group besar dulu, iaitu CEMPS.  Then, dia divide by small group based on course.  Kitaorang keluar paling lambat, so berdiri kat tepi.  Gambar tak lawa kalau kat tepi.



Masa kami dok bergambar di situ, adalah sorang pakcik local ni, asyik tengok kami je.  Then, nampak dia curi-curi snap gambar.  Lepas tu, dia tegur, kata nak snap gambar kami bersama anak dia.  Dia kata "You're so beautiful" Kesian anak dia, blushing kena paksa bergambar dengan kami.
Ni masa small group, kami kat tengah.  Hanya tiga orang yang bertudung di situ.

Saat yang ditunggu, time nak lempar topi tu.  Hehehe....siap awal-awal buang pin segala.  Topi tu amat longgar. Kena pin bagai.
Bergambar dengan prof yang ajar electronic masa first year.  Kejap je belajar benda ni, sebab aku tak minat.  



Bergambar dengan classmate yang baik.
Richie partner lab ekin.  Matching nampak di situ....
Gambar posing haruslah ada..





masa ni dah letih nak senyum.  Semua orang dah exhausted.  Tudung pun dah jadi macam apa dah.

Hari yang amat letih tapi bahagia.  Thanks everyone for making this a memorable one.

No comments:

Post a Comment