Tuesday, June 18, 2013

Arigatou Sahabat

Jumaat minggu lepas, result exam dah keluar. My university antara yang terawal dapat tahu result.  Result aku?  Hmm....oklah, sesuai dengan usaha aku yang pemalas dan aku bersyukur sangat dengan result tu dapat graduate.  Yeay, I will graduate soon!!!!

Aku tak expect pun akan dapat result ni sebab aku tak cemerlang masa winter exam hari tu gara-gara banyak jalan-jalan masa winter holiday.  I just spent about less than 2 weeks for 3 hard modules and electromagnetism was killing me!  Jalan-jalan tu tak salah kalau aku sentiasa konsisten study sepanjang term.  Tapi, nan hado.  Sepanjang term asyik main-main je.  But, I learnt from that mistake.

Untuk summer exam, aku start study awal.  Pergi library untuk ambil mood study.  Thanks kepada sahabat study saya, Ekin untuk sama-sama belajar, tidur kat lantai sama-sama.  Thanks juga kepada Ili dan Aishah, even kita tak sama course, tapi study sama-sama.  Yelah, kita akan lebih bersemangat untuk belajar bila kita tengok orang lain belajar.  Aku salute sangat dengan ili dan Aishah ni, diorang memang semangat bab-bab study ni.  Thanks sebab dorong aku untuk study, ajak pergi library, sudi tumpangkan bilik, even tidur atas lantai je, hehehehe...........  

Somehow, I will miss that moments. The moments when we spent time together, teasing each others.





Love this song, Arigatou, by CN blue.......

Ekin,Ili,Aishah: Arigatou :)

Monday, June 17, 2013

selamat hari ayah

tadi, terbaca facebook post oleh kawan masa kat mrsm gerik dulu. dia lelaki (let him be as A) post tentang hari bapa, betapa dulu dia susah, kfc pun tak dapat beli.  dan sekarang dah senang, ayah pula tiada untuk makan kfc bersama.  aku rasa ayah dia meninggal masa form 1 kot sebab masa form 2 kami pernah pergi majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran staffs mrsm.  So, from there, i knew we're in the same boat. then, tiba-tiba aku teringat satu peristiwa yang touching antara aku dan dia.

Masa form 3, we were in the same class, 3 Aman.  Masa nak dekat PMR, pihak sekolah ada anjurkan majlis mohon restu dan solar hajat.  Semua ibu bapa dijemput hadir.  Aku pula tiada seorang pun yang hadirkan diri.  Semasa majlis, aku menumpang parents siapa ntah, aku tak ingat.  rasanya parents iduanis, kawan yang stay kat pasir puteh tu.  Selepas majlis, sekolah benarkan parents keluar bermalam dengan anaknya.  So, mostly keluar bermalam.  Bagi yang ada kat sekolah tu, terus jalani aktiviti macam biasa, which meant we need to go to class on sunday for revision.  Dan aku pun pergilah ke kelas.  Masuk je, tiada orang.  hmm...mesti semua orang balik dengan parents ni.  Tak pe, aku pun study lah.  Then, masuklah A.  Dia tanya, "eh, tak balik?", aku jawab, tak ada orang datang. Then, dia senyap dan macam berfikir.  Mungkin dia teringat yang kami pernah pergi majlis anak yatim tu, means aku tak ada parent. Then, ada la beberapa budak lelaki masuk.  Diorang pun tanya kenapa tak balik.  Mungkin diorang fikir parents aku datang, tapi aku saje je tak keluar bermalam.  Aku pun macam blur nak jawab untuk kali kedua.  Si A terus back up aku dan tukar topic perbualan.  That moment aku rasa macam terharu lah, sebab ada yang faham dan tak tanya soalan sensitif macam tu dan tolong aku keluar dari soalan tu.  Maybe, untuk orang lain benda tu biasa, but not for me. From that moment, aku hormat dia.

Hari bapa?  Aku tak pernah ucap ucapan selamat hari bapa rasanya.  Tak sempat.  Dulu kan kecil lagi, tak tahu pun bilanya hari bapa.  Mana ada facebook, untuk tengok orang lain post pasal hari bapa ni.  Tapi, sekarang aku tahu bila hari bapa.  Setiap hari adalah hari bapa.  InsyaAllah, setiap kali lepas solat, aku doakan parents supaya Allah merahmati mereka.  Hanya itu hadiah yang aku mampu bagi.

Ayah adalah lelaki terbaik bagi aku.  Aku rindu saat nak pergi sekolah salam cium tangan dia.  Aku rindu suasana rumah yang ada ayah.  Dulu, hujung minggu je, kalau ayah ada kat rumah, mesti dia akan ke belakang rumah, menebas semak samun, bakar sampah sarap la.  Kami akan main-main kat area padang.  He's the toughest man in my eyes.  Ingat dulu, ada ular dalam toilet, aku dan adikku menjerit panggil ayah.  Ayah datang dan terus keluarkan ular tu.  Aku ingat lagi dulu aku pernah cemerlang dalam exam, so ayah nak belanja pizza.  Tapi, balik dari keje, ayah beli kfc instead.  Ayah cerita, bukan main susah nak cari parking kat pizza hut.  Parking jauh sangat, then, dia jalan kaki ke pizza hut tu, rupa-rupanya pizza hut tutup sebab kedai terbakar.  Aku touching sangat sebab ayah besrsuah-susah sebab nak belanja anaknya makan pizza.  Ayah juga sangat tak berkira dengan anaknya.  Apa anaknya minta, mesti dapat.

Ayah,
I am a big girl now.  I am 23 years old and I miss you badly. Ah akan graduate nanti, InsyaAllah.  

Selamat hari ayah :'(

Sunday, May 26, 2013

Saya merdeka

Alhamdulillah, exam untuk final year sudah habis.  Sekarang ini hanya nak tunggu result keluar then, if lulus boleh la graduate.  Exam hari tu nak kata boleh buat, alhamdulillah la, tapi tak de lah aku sangat confident.  Bagi aku fizik ni amat susah, jika undur balik masa, memang aku tak pilih la.  

Regret?  Memang ada rasa regret dengan pilihan ni, tapi aku yakin mesti ada hikmah di sebalik pilihan aku buat ni.  sebab ini jalan yang aku pilih, so i have no other choice.  Life must go on.  Walau susah macam mana sekalipun.  Dulu masa aku high school, tak pernah rasa perasaan gagal.  Setiap kali exam mesti score, dan jadi student top kat sekolah.  Tak pernah nangis sebab tak lulus dalam exam ke apa.  Itu dululah!  Sejak masuk kolej dan university, gagal dalam exam macam sebati.  Mungkin aku kena buat satu entry pasal gagal dalam exam tu supaya aku tak lupa.  That's why aku rasa sangat tak confident untuk tunggu result exam ni.  Hopefully, Allah will give the best for me, InsyaAllah.

Exam dah selesai, so bermakna aku dah merdeka.  No more study after this ( sebelum masuk maktab la, kalau dah masuk kena belajar lagi,letihnya) !! Sekarang tengah get used untuk tidak belajar ( ceh, padahal bukan belajar sangat pun sebelum ni).  Segala cerita korea, running man, drama melayu nak tengok.  Rasa malas nak keluar dari bilik.  Duduk bertapa depan laptop sambil makan.  HEAVEN!!!.

Lusa akan ke London untuk our summer holiday di Ireland and Greece.  Moga semuanya selamat.  tak sabar untuk ke Greece bercuti bersama my kesayangan.
Love this shawl :)



#Mood:bercuti!!!!!!

Friday, March 22, 2013

luahan hati

kalau tak suka jangan baca....
kalau baca jangan mengejek....

luahan hati

that memory


A good friend knows all your best stories....
A best friend has lived them with you.
missing you

Saturday, March 2, 2013

Terlebih cas

Kalau terlalu sejuk, badan boleh terlebih cas ke? Semalam terlalu sejuk di rumah ai, sebab dah tak on heater (untuk save duit), so kaki aku jadi amatlah sejuk,tiba-tiba rasa macam kebas. Hujung-hujung kaki tu rasa macam ada cas-cas electric. Aku ignore ju mula-mula tu. Then, pergilah lepak di bilik kawan, dia tersentuh kki a. Menjerit dia, katanya kaki aku sejuk sangat dan rasa macam ada cas j. oh, ku fkir perasaan aku je rasa cas tu. Rupanya, tidak.  Oh, macam mana nak hilangkan eh? or memang natural macam ni ke, yang tiba-tiba akan rasa kebas, o ini petanda penyakit? Nauzubillah....

Thursday, February 28, 2013

strength

This is my final year in Exeter.  Somehow, I need strength to be here.  Need a friend that can chat and motivate me, macam di kolej dulu.  Need concern from someone, that will ask me, how's your study, ok or not.  how's your life and everything.

#mood lonely me :(