Monday, June 17, 2013

selamat hari ayah

tadi, terbaca facebook post oleh kawan masa kat mrsm gerik dulu. dia lelaki (let him be as A) post tentang hari bapa, betapa dulu dia susah, kfc pun tak dapat beli.  dan sekarang dah senang, ayah pula tiada untuk makan kfc bersama.  aku rasa ayah dia meninggal masa form 1 kot sebab masa form 2 kami pernah pergi majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran staffs mrsm.  So, from there, i knew we're in the same boat. then, tiba-tiba aku teringat satu peristiwa yang touching antara aku dan dia.

Masa form 3, we were in the same class, 3 Aman.  Masa nak dekat PMR, pihak sekolah ada anjurkan majlis mohon restu dan solar hajat.  Semua ibu bapa dijemput hadir.  Aku pula tiada seorang pun yang hadirkan diri.  Semasa majlis, aku menumpang parents siapa ntah, aku tak ingat.  rasanya parents iduanis, kawan yang stay kat pasir puteh tu.  Selepas majlis, sekolah benarkan parents keluar bermalam dengan anaknya.  So, mostly keluar bermalam.  Bagi yang ada kat sekolah tu, terus jalani aktiviti macam biasa, which meant we need to go to class on sunday for revision.  Dan aku pun pergilah ke kelas.  Masuk je, tiada orang.  hmm...mesti semua orang balik dengan parents ni.  Tak pe, aku pun study lah.  Then, masuklah A.  Dia tanya, "eh, tak balik?", aku jawab, tak ada orang datang. Then, dia senyap dan macam berfikir.  Mungkin dia teringat yang kami pernah pergi majlis anak yatim tu, means aku tak ada parent. Then, ada la beberapa budak lelaki masuk.  Diorang pun tanya kenapa tak balik.  Mungkin diorang fikir parents aku datang, tapi aku saje je tak keluar bermalam.  Aku pun macam blur nak jawab untuk kali kedua.  Si A terus back up aku dan tukar topic perbualan.  That moment aku rasa macam terharu lah, sebab ada yang faham dan tak tanya soalan sensitif macam tu dan tolong aku keluar dari soalan tu.  Maybe, untuk orang lain benda tu biasa, but not for me. From that moment, aku hormat dia.

Hari bapa?  Aku tak pernah ucap ucapan selamat hari bapa rasanya.  Tak sempat.  Dulu kan kecil lagi, tak tahu pun bilanya hari bapa.  Mana ada facebook, untuk tengok orang lain post pasal hari bapa ni.  Tapi, sekarang aku tahu bila hari bapa.  Setiap hari adalah hari bapa.  InsyaAllah, setiap kali lepas solat, aku doakan parents supaya Allah merahmati mereka.  Hanya itu hadiah yang aku mampu bagi.

Ayah adalah lelaki terbaik bagi aku.  Aku rindu saat nak pergi sekolah salam cium tangan dia.  Aku rindu suasana rumah yang ada ayah.  Dulu, hujung minggu je, kalau ayah ada kat rumah, mesti dia akan ke belakang rumah, menebas semak samun, bakar sampah sarap la.  Kami akan main-main kat area padang.  He's the toughest man in my eyes.  Ingat dulu, ada ular dalam toilet, aku dan adikku menjerit panggil ayah.  Ayah datang dan terus keluarkan ular tu.  Aku ingat lagi dulu aku pernah cemerlang dalam exam, so ayah nak belanja pizza.  Tapi, balik dari keje, ayah beli kfc instead.  Ayah cerita, bukan main susah nak cari parking kat pizza hut.  Parking jauh sangat, then, dia jalan kaki ke pizza hut tu, rupa-rupanya pizza hut tutup sebab kedai terbakar.  Aku touching sangat sebab ayah besrsuah-susah sebab nak belanja anaknya makan pizza.  Ayah juga sangat tak berkira dengan anaknya.  Apa anaknya minta, mesti dapat.

Ayah,
I am a big girl now.  I am 23 years old and I miss you badly. Ah akan graduate nanti, InsyaAllah.  

Selamat hari ayah :'(

1 comment: