Tuesday, May 15, 2012

WISHLIST

Sabtu ni ada satu lagi paper, CONDENSED MATTER. Tapi malas nak study lagi, sibuk dok fikir nak balik ni...sebelum balik haruslah ada wishlist makanan yang wajib dipenuhi masa cuti summer nanti ( yahoo, rabu depan balik, moga semuanya berjalan lancar ). Here is the list!!!!


  1. NASI ULAM DENGAN BUDU :
    yang ni memang wajib makan. Hopefully resdung aku berkurang time kat Malaysia.  Sebab kat sini teruk bebenar, setiap pagi akan bersin. 
  2. NASI KERABU
  3. NASI DAGANG
  4. CHAR KUEW TIAU
  5. Segala jenis makanan pasar malam 
  6. SATE
  7. STEAMBOAT
  8. NASI LEMAK
    favourite nasi lemak yang my brother beli kat putrajaya.sambal nya sedap sangat
  9. KFC
    yang ni juga wajib, pasal kat sini tak halal la
  10. STEAMBOAT
    Raisah sila belanja saya ye :)
  11. ASAM LAKSA or LAKSA PENANG
    Asam Laksa nak pegi makan kat JUSCO Midvalley..hooyeh..Laksa penang tu beli kat pasar Pasir Puteh pun sedap yang amat dah
  12. IKAN BAKAR
    nak makan ikan sangat2 sebab dah lama tak makan ikan.  Ikan kat sini mahal.  Kalau rasa nak makan ikan sangat, beli salmon je lah.  Tapi salmon serius sedap.. Tapi ikan Malaysia lagi sedap.
  13. KUIH TRADISIONAL
    akok, baulu, lompat tikam
  14. MEE/KUEW TIAU/BIHUN
    segala benda ni sama ada sup, tomyam,kari..yang penting berkuah la...sebab my favourite ni.  Kalau mee sup perut sedap di Tunjung...sedasnya!!!
  15. NASI BERLAUK


    ok...wishlist sentiasa bertambah dari masa ke semasa :)

No comments:

Post a Comment