Thursday, February 21, 2013

One Litre of Tears

Ini adalah antara drama Jepun yang buat aku menangis macam orang gila.  Sedih betul cerita ni, lagi sedih bila drama ni adaptasi daripada cerita sebenar.  First time tengok dulu semasa belajar di KYUEM.  Masa ni semua orang ada softcopy cerita-cerita korea dan jepun.  Aku tengok guna laptop kawan aku, dulu aku manalah ada laptop segala ni.  Mula-mula tengok ok lagi, masuk 2,3 episod, tisu terus jadi kawan.  Menangis sampai sakit kepala dan moody.  Mata bengkak sangat jadinya.  Serius sedih sangat. Then, second time tengok dengan adik aku.  Sanggup aku beli cd untuk tengok di rumah.  Marathon semua episod satu malam di rumah kakak di Johor.  Tutup lampu, menangis supaya aku tak nampak kau, kau tak nampak aku.hahaha.... Then, tengok kali ke 3 bila masa tahun akhir di KYUEM, saja bila stress, tengok drama yang boleh buat menangis.  Drama ni walau tengok banyak kali pun still sedih yang amat.
Bagus betul pelakon Sawajiri Erika ni, pandai betul dia menghayati watak.  One litre of tears ni mengisahkan Aya (lakonan Erika), menghidap penyakit yang tak boleh diubati, nama penyakitnya, spinocerebellar degeneration.  Penyakit yang jarang orang dapat.  Penyakit ni buatkan otak degenerate dan tak mampu untuk mengawal fungsi badan.  Penghidap akan hilang upaya step by step.  Aya seorang yang aktif bersukan, once dia dapat penyakit ni, satu perkara yang susah dia nak terima.  So, basically drama ni mengisahkan kehidupan Aya.

Seriously, bukan 1 litre of tears tapi berliter-liter air mata bila tengok cerita ni.  Moral of the story, sokongan keluarga amatlah penting bila ada family member yang susah.

No comments:

Post a Comment